PARIT GETAH adalah sebuah kampong yang kecil sahaja. Sungguh pun tidak berapa jauh dari Benut,tetapi pada masa itu,hanya ada jalan tanah kecil sahaja untuk menghubungi dengan tempat lain . Mereka susah hendak keluar ke tempat lain apabila hari hujan. Pada tahun 1950,ada beberapa pendudok kampong iaitu Loh Kim Siong, Neo Chong Tin, Ser Chen Kiat, Teo Tee dan Ser Chian menyedari bahawa pendidikan amat penting bagi kanak-kanak mereka, maka mereka pun berunding dan memungut derma. Dengan usaha bergotong royong, mereka berjaya mendirikan sebuah bilik darjah dan pejabat guru dengan atap dan kayu hutan.
Maka SRJK(C) LOK YU 6, sebuah Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan beraliran Bahasa Cina dimulakan pada 15.1.1951.
Pada tahau 1960 hingga 1967 sekolah ini dibina semula oleh pihak JKR Pontian.
Oleh kerana murid-murid semakin bertambah , maka bilangan bilik darjah telah ditambahkan dari setahun ke setahun sebagaimana dicatatkan di bawah ini :-
1. 1963 : Sebuah bilik darjah ditambahkan dengan bantuan dari Pihak Jabatan
Pendidikan Johor.
2. 1977 : Sebuah bilik darjah dan tempat letak basikal ditambahkan dengan bantuan
pihak Jabatan Pendidikan Johor.
3. 1977 : Sebuah gelanggang bola keranjang dibinakan dengan peruntukan Jabatan pembangunan.
4. 1978 : Dua buah bilik darjah ditambahkan dengan bantuan pihak Jabatan
Pendidikan Johor dan orang tempatan.
5. 1980 : Pagar sekolah telah dibinakan dengan peruntukan Jabatan Pendidikan
Johor.
6. 1994 : Pagar sekolah deperbaiki dengan peruntukan Jabatan Pendidikaan Johor.
7. 1994 : Empat buah bilik darjah dibina semula dengan peruntukan Jabatan Pendidikan Johor.
8. 1995 : Bilik Sains diadakan dengan peruntukan Jabatan Pendidikan Johor.
9. 1996 : Sekolah diperbaiki dengan peruntukan Wakil Rakyat.
10. 1997 : Membeli mesin memotong rumput, Mengecat semula bilik darjah dengan peruntukan Wakil Rakyat dan Wakil Negeri.
11. 1998 : Mengadakan Kelas komputer dengan dermaan dari pihak Jemaah Pengurus,
AJK PIBG ,ibubapa dan penduduk-penduduk tempatan.
12. 1998 : Membina jalan tar di depan sekolah dengan peruntukan Wakil Negeri.
SJK(C) LOK YU 6 adalah sebuah sekolah yang kecil. Dengan adanya peruntukan, bantuan dan kerjasama dari pihak kerajaan, Jemaah Pengurus Sekolah , AJK PIBG sekolah, ibubapa dan penduduk-penduduk tempatan , bangunan dan kawasan sekolah dapat dibaharui dan diperbaiki.. Dengan adanya kemudahan asas dan suasana belajar yang baik , maka prestasi murid dapat dipertingkatkan.
Diharapkan pada masa yang akan datang,demi kemajuan perindustrian ringan dalam zon Benut, bilangan murid dapat ditambahkan, sekolah dapat diperluaskan lagi dan murid dapat dilepaskan dari kelas cantuman.