Make your own free website on Tripod.com

sejarah sekolah


SJK(C) LOK YU 6

fencewire.gif (1448 bytes)      

  PARIT GETAH adalah sebuah kampong yang kecil sahaja.  Sungguh pun tidak berapa jauh dari Benut,tetapi pada masa itu,hanya ada jalan tanah kecil sahaja untuk menghubungi dengan tempat lain . Mereka susah hendak keluar ke tempat lain apabila hari hujan. Pada tahun 1950,ada beberapa pendudok kampong iaitu Loh Kim Siong,  Neo Chong Tin, Ser Chen Kiat, Teo Tee dan Ser Chian  menyedari bahawa  pendidikan amat penting bagi kanak-kanak mereka, maka mereka pun berunding dan memungut derma. Dengan usaha bergotong royong, mereka berjaya mendirikan sebuah  bilik darjah dan pejabat guru dengan atap dan kayu hutan.

      Maka SRJK(C) LOK YU  6, sebuah Sekolah  Rendah   Jenis Kebangsaan beraliran Bahasa Cina dimulakan pada 15.1.1951.

     Pada tahau 1960 hingga 1967 sekolah ini dibina semula oleh pihak JKR Pontian.

    Oleh kerana murid-murid semakin bertambah , maka  bilangan bilik darjah telah ditambahkan dari setahun ke setahun sebagaimana dicatatkan di bawah ini :-

         1.        1963  :  Sebuah bilik darjah ditambahkan dengan bantuan dari Pihak Jabatan                                   

Pendidikan Johor.

         2.        1977   :  Sebuah bilik darjah dan tempat letak basikal ditambahkan dengan bantuan                                    

pihak  Jabatan Pendidikan Johor.

         3.        1977   :  Sebuah gelanggang bola keranjang  dibinakan dengan peruntukan Jabatan                                    pembangunan.

         4.        1978  :   Dua  buah bilik darjah ditambahkan dengan bantuan pihak Jabatan                                    

Pendidikan   Johor dan  orang tempatan.

         5.        1980  :   Pagar sekolah telah dibinakan dengan peruntukan Jabatan Pendidikan                                   

Johor.

         6.        1994  :   Pagar sekolah deperbaiki dengan peruntukan Jabatan Pendidikaan Johor.

         7.        1994  :   Empat buah bilik darjah dibina semula dengan peruntukan Jabatan Pendidikan                                    Johor.

         8.        1995  :   Bilik Sains diadakan dengan peruntukan Jabatan Pendidikan Johor.

         9.        1996  :   Sekolah diperbaiki dengan peruntukan Wakil Rakyat.                     

        10.       1997  :   Membeli mesin memotong rumput, Mengecat semula bilik darjah dengan                                    peruntukan Wakil Rakyat dan Wakil Negeri.

        11.       1998  :   Mengadakan Kelas komputer dengan dermaan dari pihak Jemaah Pengurus,                                  

AJK PIBG ,ibubapa dan penduduk-penduduk  tempatan.

        12.       1998  :  Membina jalan tar di depan sekolah dengan peruntukan Wakil Negeri.

        SJK(C) LOK YU 6 adalah sebuah sekolah yang kecil. Dengan adanya peruntukan, bantuan dan kerjasama dari pihak kerajaan, Jemaah Pengurus Sekolah , AJK PIBG sekolah, ibubapa dan penduduk-penduduk   tempatan , bangunan dan kawasan sekolah dapat dibaharui dan diperbaiki.. Dengan adanya kemudahan asas dan suasana belajar yang  baik , maka prestasi murid  dapat dipertingkatkan.

       Diharapkan pada masa yang akan datang,demi kemajuan perindustrian ringan dalam zon  Benut, bilangan murid dapat ditambahkan, sekolah dapat diperluaskan lagi dan murid dapat  dilepaskan dari kelas cantuman.

                    fencewire.gif (1448 bytes)      

back.gif (3615 bytes)