KATA ALUAN GURU BESAR

NG WAH YIN

       Kerajaan kita berhasrat  merealisasikan  Wawasan 2020. Konsep "Multi Media Super Corridor "diwujudkan dan  "Sekolah Bestari " dilancarkan.    Kami sebagai pendidik memainkan peranan yang penting untuk mejayakan cita-cita kerajaan ini. Selain daripada memberi pengetahuan dan kemahiran asas kepada generasi baru , mereka juga harus digalakkan  menguasai  kemahiran penggunaan komputer dan diberi peluang  melengkapkan diri dengan kemahiran maklumat teknologi kerana pelajar hari ini adalah pemimpin masyarakat pada masa akan datang.

        Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ribuan terima kasih kepada Jemaah Pengurus ,PIBG sekolah ini dan orang ramai  yang telah memberi  bantuan dan sumbangan kepada sekolah ini untuk menjayakan rancangan  kelas komputer pada Tahun 1998. Dengan adanya kelas komputer murid-murid  sekolah ini berpeluang belajar dan menguasai kemahiran penggunaan komputer dan dapat menjauhkan diri daripada "Buta Komputer"

        SJK(C)Lok Yu 6 akan melancarkan Homepage sekolah bersama-sama dengan SJK(C) sekolah lain di daerah Pontian. Saya berharap ia akan membantu orang ramai mengenalkan sekolah ini dan pelajar-pelajar dapat memperolehi pengetahuan yang terkini melalui internet.

back.gif (3615 bytes)